January 2006
Monthly Archive
Thu 26 Jan 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Idea[6] Komen
Kak timah, Pengoreng pisang yang handal.
Laris macam ikan sepat kat perlis sekarang.
Pelangan terpaksa beratur menunggu giliran. “Kak, yang dalam belanga tu saya punya tau..”.
Kak Tijah cemburu, kak timah boleh pakai emas zullian.
Dibuka gerai sebelah.
Jual Goreng pisang dan Goreng Ubi.
Harapannya, org yg malas menunggu di gerai kak timah, datang ke gerainya.
Ayob, Bukak gerai jua.
Jual Pisang, Ubi, Tepung Gandum, Tepung Jawi, Garam dan Kapur Makan.
Kak timah boleh beli,
kak Tijah boleh beli,
pelangan pelangan diorang pun boleh beli.
“Aiman tak kisah”
http://www.mbsa.gov.my/raweb/raservlets/gerai
Download Best : (Rightklik dan Save Target As)
E-Book Pika
Himpunan Esei Pika
Wed 25 Jan 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Idea[2] Komen
Ok, untuk hari ini, tumpuan aku kepada yang lebih dekat sikit. Servis kakitangan awam. Kenapa nampak gayanya, banyak org suka menyelesaikan kerja berkaitan dengan kerajaan pada waktu terakhir dekat dengan tarikh tutup. Kenapa orang rasa malas nak berurusan dengan kuanter kerajaan. Pada pandangan aku, pejabat kerajaan buka masa orang lain kena kerja. memanglah, letaklah tv3 ka apa ka kat situ, org takleh nak datang sbb tengah kerja. Ingat mudah ker nak mintak pelepasan dari bos untuk pi selesai masalah. Kadang-kadang sampai dituduh kata cuba untuk ponteng. Ia bukan sahaja berlaku pada kakitangan swasta, malah kerajaan sendiri. Tiada syarikat atau jabatan yang mahu kakitangan dia, kuar begitu lama untuk menyelesaikan masalah dan menyebabkan produktiviti menurun pada hari tersebut.
Oleh yang demikian, aku mencadangkan, Jabatan kerajaan yang mempunyai kaitan yang rapat dengan rakyat, dan urusan hariannya adalah dengan rakyat perlu dipanjangkan waktu perkhidmatannya sehingga malam. Sistem syif boleh dilaksanakan. syif 1 - 8pg hingga 5 ptg dan syif 2 - 3 ptg hingga 12 mlm. Pertembungan waktu antara pukul 3 ptg hingga 5 ptg boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah masalah tertunggak yang tahun tahun lepas atau membuka kuanter lebih pada waktu tersebut.
Ok, jabatan jabatan yang aku cadangkan dibuat 2 syif adalah
1. Hospital dan Klinik kerajaan - Ruang kecemasan pada waktu malam selalu penuh dan doktor pula tidak mencukupi. Selalunya mereka yang masuk ruang tersebut yang terpaksa disorong dengan katil sahaja akan diberi layanan yang sebaiknya. Yang lain yang boleh jalan sendiri walaupun teruk, hanya diberi ubat biasa dan diminta datang pada siangnya. Pada siangnya pula, punyalah teruk nak tunggu Q (Q ni bukan untuk kualiti ya), datang pagi, balik tengahhari. Satu lagi, yang semua orang tahu, sakit ni, bukan kira waktu, kalau malam dia nak sakit, dia sakitlah. Tambah tambah kalau anak kena demam panas, bapak selalu tunggu siang untuk bawak pergi hospital. bahaya oo. Dan satu lagi situasi, org yang sakit biasa biasa (pada pandangan dia) malas nak pi check, sbb malas nak beratur panjang. Inilah yang bila dah check, keadaan dia dah stage 3 atau 4 yang sukar untuk diubati lagi.
2. Mahkamah - Begitu banyak kes yang tertunggak. Kita faham, kadang kadang satu kes ambil masa begitu lama untuk dibicara dan ini menyebabkan kes lain terpaksa Q. Bila dah kena tunda, terus kena tunggu 1 atau 2 tahun. Dibuatnya sorang tu tak bersalah selepas tunggu bicara berapa lama tu. tak ker kesian kat dia.
Apa lagi jabatan yang perlu dilanjutkan masa?
Ok, dari segi perlaksanaan, ya, aku faham bahawa ia akan menyebabkan kos yang tinggi. Staf terpaksa ditambah, Tapi tak apalah, bukan untuk main main pun, sbb untuk kepentingan rakyat juga. Servis akan lebih bagus, cepat dan dapat menolong 400,000 org yang menganggur pada masa sekarang ni. Dunia sekarang bukan dunia yang 8-5. dunia sekarang tidak peduli kepada jam. Dan untuk tambahkan lagi kos untuk kerajaan. Perlulah dinaikan gaji kakitangan sekarang. Pegawai Perubatan (doktor), takkanlah gaji permulaan RM1738.43 hingga RM2137.73, Pegawai Syariah (hakim Mahkamah rendah syariah) dan Pegawai Udang-undang (Majistret) dengan gaji permulaan RM1729.96. Mana tak orang orang seperti ni sanggup bukak klinik atau firma sendiri. Gaji diorang boleh jadi 5 10 kali ganda lagi. Dahlah tu, gaji dinding pun RM4500.00, macam mana nak ramai doktor kat hospital. Kasi naiklah. Ini keperluan, bukan soal duit, ini soal nyawa. HAkim pulak, ini bukan soal duit, ini soal keadilan. Itu belum aku mintak naik gaji Pembantu Tadbir lagi tu. hahaha.
Cadangan ni… jangan tangkap pulak.
Jabatan Statistik Malaysia
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Tue 24 Jan 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Idea[10] Komen
Setelah kerjasama dengan VW tidak menjadi, hari ini kedengaran pula, proton bakal menjalinkan kerjasama dengan janda dulu, mitsubishi. Kerjasama apa lagi yang dicari aku sendiri tidak pasti, sedangkan Lotus pun tak abis digunakan sehabis-habisnya. Opss.. aku takmau nak komplen komplen. Kembali kepada tujuan asal entry ini.
Sebenarnya aku ingin mencadangkan, proton mengubah produk mereka. Daripada pelbagai cabang kepada satu cabang yang fokus. Cabang yang aku cadangkan adalah, ‘Kereta yang Selamat’.
Cadangannya, proton menumpukan kepada merekabentuk sebuah kereta yang paling selamat untuk dibawa sesuai dengan keadaan malaysia (termasuklah jalanraya yang berlopak-lopak). Semua standard antarabangsa dipatuhi. tak kiralah Jerman ker Euro punya standard ke, semua kena ikut. Kenapa kereta untuk diekport jer ikut, kereta dlm negara tidak.
Aspek aspek yang aku rasa perlu dipertimbangkan adalah, penggunaan besi yang bukan besi tin milo. Besi macam savvy tu, paling komanlah. kalau boleh macam merz. Kendian, aspek keselamatan dalam kereta, tali pinggang untuk penumpang di hadapan dan di belakang. Air-bag untuk penumpang dihadapan dan dibelakang. Kadar hidrokarbon dan karbon monosid juga adalah diparas yang paling rendah. biarlah, bapak jer yang duk kuar asap depan belakang, kereta tu jangan duk tambah tambah lagi.
Penggunaan NGV adalah menjadi keutamaan. semua kereta dipasang siap siap tong ngv. Minyak naik harga pun, org takkan naik hangin.
Dan aku paham, bila semua itu dimasukkan, harga mesti akan naik. Aku cadangkan, proton boleh menukar menggunakan barang mentah tempatan dengan hanya 50% dan lainnya diimport. kerajaan pula, boleh memberikan bantuan kepada keluarga yang miskin untuk memilikinya. Itu kita akan cuba kupas dari edisi akan datang. Cuma untuk kali ini, Aku cadangkan Proton menukar halatuju mereka kepada menghasilkan kereta yang berkualiti dan paling selamat untuk rakyat malaysia. taknak dah just lekat pakai tekan masuk saja, dah tak pakai skrew. any komen?
Rujukan
http://www.euractiv.com/EN/transport
http://www.nhtsa.dot.gov/cars/rules/import/FMVSS/
http://www.suvsafety.info/thirdrow.html
Tue 24 Jan 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
BeritaTiada Komen
Dengan ini diumumkan pembukaan rasmi bagi Jurnal Ron97. Maaf, tiada jamuan apa apa. hehehe.. nak jamu petrol, takleh, tgh mahal sekarang. kalau nak, minyak tanah adalah.. nak?
Wed 4 Jan 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Personal[2] Komen
Masalah itu tetap akan hadir, ke kiri kita pergi, atau ke kanan kita datang. Ia mesti hadir, kerana ia telah dialamatlengkapkan untuk kita.
Namun atas kita untuk memandang ia disudut positif atau negatif.
dan atas kita juga, untuk menyelesaikan ia dari sudut positif atau negatif.
contoh mudah, kita buat satu pertandingan. tetiba selepas pertandingan kita dapati, ahli bukan kelab kita juga telah boleh menang. kerana beliau telah mendaftar disaat akhir apabila mendengar bahawa ada pertandingan akan diadakan. kita tak puas hati. tahun seterusnya, kita tutup penyertaan ahli baru. biar ahli ni saja yang boleh sertai, sbb ni program kelab ni. tapi alangkah lagi bagus, kalau dibuat kategori terbuka. semua boleh sertai. orang luar pun kenal lebih dekat kelab dan sebagainya.
Wed 4 Jan 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized1 Komen
Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!