March 2006
Monthly Archive
Thu 30 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Berita[27] Komen
siri satu sila rujuk http://www.mygj.net/ron97/wordpress/?p=24
Setelah 3 minggu. aku hubungi semula pejabat tanah untuk tahu progressnya.
kakitangan 1 : Pejabat Tanah P*rlis
Aku : Hello assalamualaikum
kakitangan 1 : waalaikumsalam
Aku : saya ya*iz, saya nak tanya pasal permohonan geran tanah baru. permohonan pertama adalah pada 1985. saya dah siap buat permohonan semua, tanah pun dah ukur dan siap dah ada PT apa semua jadi saya nak tau berapa lama masa diperlukan untuk dpt geran
kakitangan 1 : sebentar
{ lagu monotone (talian sedang disambungkan) }
kakitangan 2 : Pejabat Tanah P*rlis
Aku : Hello assalamualaikum
kakitangan 2 : waalaikumsalam
Aku : saya y*ziz, saya nak tanya pasal permohonan geran tanah baru. permohonan pertama adalah pada 1985. saya dah siap buat permohonan semua, tanah pun dah ukur dan siap dah ada PT apa semua jadi saya nak tau berapa lama masa diperlukan untuk dpt geran
kakitangan 2 : sebentar
{ lagu monotone (talian sedang disambungkan) }
kakitangan 3 : Pejabat Tanah P*rlis
Aku : Hello assalamualaikum
kakitangan 3 : waalaikumsalam
Aku : saya y*ziz, saya nak tanya pasal permohonan geran tanah baru. permohonan pertama adalah pada 1985. saya dah siap buat permohonan semua, tanah pun dah ukur dan siap dah ada PT apa semua jadi saya nak tau berapa lama masa diperlukan untuk dpt geran
kakitangan 3 : sebentar
{ lagu monotone (talian sedang disambungkan) }
kakitangan 4 : Pejabat Tanah P*rlis
Aku : Hello assalamualaikum
kakitangan 4 : waalaikumsalam
Aku : saya y*ziz, saya nak tanya pasal permohonan geran tanah baru. permohonan pertama adalah pada 1985. saya dah siap buat permohonan semua, tanah pun dah ukur dan siap dah ada PT apa semua jadi saya nak tau berapa lama masa diperlukan untuk dpt geran
kakitangan 4 : sebentar
{ lagu monotone (talian sedang disambungkan) }
kakitangan 5 : Pejabat Tanah P*rlis
Aku : Hello assalamualaikum
kakitangan 5 : waalaikumsalam
Aku : saya y*ziz, saya nak tanya pasal permohonan geran tanah baru. permohonan pertama adalah pada 1985. saya dah siap buat permohonan semua, tanah pun dah ukur dan siap dah ada PT apa semua jadi saya nak tau berapa lama masa diperlukan untuk dpt geran
kakitangan 5 : sebentar
{ lagu monotone (talian sedang disambungkan) }
kakitangan 6 : Pejabat Tanah P*rlis
Aku : Hello assalamualaikum
kakitangan 6 : waalaikumsalam
Aku : saya y*ziz, saya nak tanya pasal permohonan geran tanah baru. permohonan pertama adalah pada 1985. saya dah siap buat permohonan semua, tanah pun dah ukur dan siap dah ada PT apa semua jadi saya nak tau berapa lama masa diperlukan untuk dpt geran
kakitangan 6 : sebentar
{ lagu monotone (talian sedang disambungkan) }
kakitangan 7 : Pejabat Tanah P*rlis
Aku : Hello assalamualaikum
kakitangan 7 : waalaikumsalam
Aku : saya y*ziz, saya nak tanya pasal permohonan geran tanah baru. permohonan pertama adalah pada 1985. saya dah siap buat permohonan semua, tanah pun dah ukur dan siap dah ada PT apa semua jadi saya nak tau berapa lama masa diperlukan untuk dpt geran
kakitangan 7 : Boleh dapat no fail tak?
Aku : ok, no failnya ****/****/**
kakitangan 7 : sebentar (dengar dia suruh org cari fail)
**—tunggu.—**
kakitangan 7 : bila mohon ni?
Aku : awal bulan ni, dlm 3hb gitu
kakitangan 7 : fail pun tak buka lagi ni, takpalah, nanti saya buka ok?
Aku : ****—-TALIAN DIPUTUSKAN—-****
Bulan depan, aku kena telefon lagi rasanya, untuk pastikan dia dah buka fail. kendian untuk ingatkan dia step seterusnya setelah fail tersebut dibuka.
Walaupun belum kawin, tapi aku dah macam ada anak yang nak kena ingatkan satu satu apa kena buat. hmmm
Wed 29 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[30] Komen
Kalau nak bom amerika pakai bom minyak tanah
Semalam, Teknisen dari ibu pejabat datang. Komputer di ofis kena backdoor. Brontok tulah. setelah diperiksa. ada beberapa komputer perlu diformat. Komputer aku pun sama.
Dia tanya boleh ka?
aku ok ja, format nak format pun, takdak masalah.
seharian semalam aku tak bertenet.
petang nak balik tu, aku tgk aku nya komputer. aku try.
Bukak jurnal aku, tak boleh. bukan orang lain. tak boleh. dia bila buka, terus tutup explorer. aku kata dah sudah. kena block ni.
Kendian aku buka YM pula, tak boleh, buka ja, terus tutup. siapa petang dlm kul 4.45 smlm, bolehlah tgk macam mana aku tenggelam timbul dekat 20 kali.
aku kata takpa, takpa, aku balik umah dulu. dlm kepala dah ada plan.
pagi ni aku datang, on komputer.
tgk ada program nama Naomi logo bunga warna pink kat aku nyer taskbar.
try buang kat msconfig. restart, dia boleh auto masuk balik.
ok, no hal.
aku check dlm add/remove program. takdak
ok, no hal
aku cari dlm program files. takdak folder tu.
ok, no hal
aku show hidden files.
hah. dah muncul. ok next. aku baca manual. hmm, mmg susah nak buang sbb password dia susah mau hack.
tapi aku pikir pikir balik, buat apa susah susah sangat.
betul juga.
aku restart, masuk safe mode.
masuk program files, show hidden files. pi kat folder program tu, rename, tambah ‘0′ kat belakang nama dia.
restart. dan aku boleh guna macam biasa. hahaha :setan:
Kalau nak bom amerika pakai bom minyak tanah ja, tak payahlah, buat geli ketiak jer=))
Fri 24 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Biasa[22] Komen
Zakaria bin Hussin : Aku nak rompak bank lah gini
Taufik bin Sulaiman : ehhh, taknak aku, bahaya, nanti kena tembak ngan pak guard
Zakaria bin Hussin : kalau gitu aku bunuh orang jelah
Taufik bin Sulaiman : itu nanti kena hukum gantung mandatori. hang nak mati?
Zakaria bin Hussin : betul betul, tak berbaloi langsung. apa kata kita ragut beg pompuan?
Taufik bin Sulaiman : eh, itu lagi bahaya, mampuih lenyai ko kena belasah ngan orang ramai kalau kena tangkap
Zakaria bin Hussin : aarrgghh.. susah betul
Taufik bin Sulaiman : ooii.. apa kata kita rogol pompuan. budak sekolah ke. amacam? best oo..
Zakaria bin Hussin : hang nak mampuih. Itu nanti siap kena sebat hang tau. bukan sekali dua, nasib tak baik, 10 kali sebatan kang. sekali sebat pun, nyawa dah naik kat hidung. ehh.. tak mau aku. aku nak duduk dlm penjara ja.
Taufik bin Sulaiman : masalah betui lah.
‘Orang dlm penjara’ @ banduan lagi mewah dari pengawal dan orang miskin. seminggu tu, siap ada makan ayam daging apa lagi. orang miskin pun tak mewah gitu. nak makan ayam sebulan sekali pun belum tentu.
Itulah sebabnya, ramai orang masuk penjara, lepaih keluaq, sebulan dua, masuk balik. hahaha. Mana pernah dengar org cabut lari dari penjara malaysia. dari pusat serenti tu biasalah. tu kes org ketagih, macam org nak makan tak boleh kalau kotak rokok takdak sebelah. /))
Thu 23 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[37] Komen
Tuan Muda : Pak cik
Tukang Kebun : Ya?
Tuan Muda : Cantik bunga ni …
Tukang Kebun : Memanglah, aku jaga, apa hang ingat aku tak buat kerja ka?
Tuan Muda : Tak pakcik, maksud saya, cantik bunga ni, tapi sayang tanahnya hanyalah pinjaman
Tukang Kebun : Ya, bunga pun sedaq kata tanah tu pinjaman, tapi manusia ni, terlebih sedaq kata dunia ni adalah pinjaman. Pagi buta baru balik umah.
Tuan Muda : Gini pakcik, Kerajaan dah banyak kasi duit untuk subsidi minyak. sekarang ni, masanya kerajaan nak balik duit tu untuk kegunaan kerajaan.
Tukang Kebun : Aku tak peduli bab tu, yang aku tau minyak naik harga. Pilihanraya nanti aku undi pembangkang.
Tuan Muda : Tapi pembangkang tempat kita DAP pakcik
Tukang Kebun : DAP DAP lah, aku tak peduli. Yang hang ni duk bungalah, tanahlah, minyaklah. Hang mau apa ni?
Tuan Muda : Kasut saya.. 
Tukang Kebun : la.. kasuit hang.. sabit tu buruk pun. Nah!
Panduan ini boleh digunakan di dalam internet juga seperti semasa melawat jurnal jurnal orang orang tua yang hebat.
————————
Semalam gunting rambut. Bestnya.
Gaya yang aku mahu.
Nipis tepi, atas belakang pendek.
Depan klinik Gial.
Cuba teka berapa aku kena bayar?
RM15? bukan
RM12? bukan
RM10? bukan
RM8? bukan
RM3 sahaja. hahaha
Tips, aku pakai baju putih seluar hitam. mcm budak sekolah. untungnya jadi orang muda. hahaha
Wed 22 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[46] Komen
Lebih dari 1/5 mereka yang masuk jurnal ini adalah dari enjin carian, dan lebih 90% apa yang dicari oleh mereka. tidak ketemu. aku kasihan sebenarnya. Adab kita orang melayu, tak elok biar orang bertamu rumah kita pulang dengan hati yang kecewa. Jadi aku cubalah jawab, mana tau dia datang balik nanti. Susunan adalah dari yang paling banyak ke bawah.
kesan positif kepantasan arus perubahan <-- Gaji Tak Naik!
blog kisah penjara <--Aku belum masuk penjara lagi
gambar toyol bas uum <--kalau dah toyol besar bas tu, itu bukan toyol adik!
ayah mencabuli <--Report jer polis!
punca seks bebas dikalangan remaja <--Sebab terlalu Bebas?
student uia bogel <--Sini takdak, tapi...
pendapat kaunselor mengenai jenayah di malaysia <--Perlu dikaunselingkan. Duit tu
law articles by prof. madya mohd darbi bin hashim <--Prof Darbi aku tak kenal. Sime Darby aku kenal. :D
kes perlanggaran etika kejuruteraan <--Semua dah masuk u balik mengaji semula
alat penggera kebakaran dalam faktor ekonomi <--Tak laku, sbb malaysia tak dak bom bom
kerja kursus sejarah kemerdekaan negara malysia <--eja malaysia pun salah, memang kompom fail ni
cara-cara jepun mengganas tanah melayu <--dia tembak Tokwan dan Nenek belah ayah aku. Ayah aku yatim piatu umur 9 tahun
masyarakat madani machiavelli <--aku tak tau bab ni
pengertian westernisasi <--lagi aku tak tau
manusia berasal daripada beruk afrika yang berevolusi <--jangan percaya. Orang bodoh jer percaya
elaun kola <--elaun COLA. bandar besar 150, bandar kecik 100. duk kuarters tak dapat. mudah jer.
uitm sex video <--tanya Razak mydin
(more…)
Mon 20 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[31] Komen
Dalam Cerita cerita Polis Malaysia.
Di dalam sebuah kedai yang penuh dengan pelanggan. Dua orang pengedar dadah sedang berbual.
Hashim : Macam mana stok dadah kita?
Zainal : Azhari akan hantar stok dadah kita digudang kita berdekatan dengan pelabuhan
Hashim : Gudang berdekatan pelabuhan? dimana terletaknya pelabuhan itu?
Zainal : Gudang kita terletak di no 3, jalan 12/4, taman muda murni, 68212 Pelabuhan kelang, Selangor. Gudang kita terletak berhadapan dengan Kedai Akuariam Liu.
Hashim : Oh, rupanya disitu terletak gudang kita. Bagaimana pula dengan pasaran dadah kita sekarang?
Zainal : Menurut perangkaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), terdapat 270,000 penagih dadah yang telah didaftarkan, tetapi jumlah itu mungkin meningkat sehingga sejuta orang. Ini kerana setiap penagih mempunyai jaringan rakan-rakannya antara lima hingga enam orang. Dikawasan kita sahaja, kita mempunyai 15 stokis dan 40 pengedar level Intan dan beratus lagi dilevel dibawahnya.
Hashim : Saya telah mendapat maklumat dari perisik kita bahawa kerajaan telah membuat kempen kesedaran alam sekitar. Ini adalah berbahaya kepada pergerakan kita kerana boleh mengelak golongan belia terlibat dengan gejala sosial.
Zainal : Jangan risau tuan, bahagian pemasaran kita telah melancarkan Pek Permulaan baru dengan harga promosi. Di dalam pek permulaan ini kita telah menyediakan picagari picagari yang terbaru keluaran adibas. Ia menggunakan teknologi dari negara maju tuan.
Hashim : Bagus, teruskan berusaha, inilah semangat dan cara pemikiran yang kita mahukan. Jika ada sebarang masalah. Sila usulkan di dalam mesyuarat pengurusan nanti.
Zainal : Baik tuan. Oh tuan, sebelum saya terlupa, saya ingin meminjam wang dari tuan untuk pergi spa tuan.
Hashim : ah, kamu ni zainal, ada ada saja. Hehehehe (Merekapun ketawa bersama)
Dalam situasi yang sebenar
Di sebuah gerai bawah pokok.
Hashim : macam mana stok?
Zainal : ok bos, beres
Hashim : aku taulah beres, beres tu, beres macam mana?
Zainal : aa, kita ada dlm seribu lebih bos setakat sekarang, naga ngan rimau dengar kata dah siap buat production 500. mat jin pun dengar kata ada dlm 500. pahtu bahagian operasi dan jinggo pun ada buat juga.
Hashim : tu apahal operasi gatal gatal tangan pulak tu
Zainal : diorang tu saja nak sabotaj tu bos
Hashim : mana hang nak pi jualnya?
Zainal : kita dapat gerai bos, gerai kembar
Hashim : wah, kaya hang
Zainal : no gerai je kembar bos. hahaha
Hashim : palahotak hang lah. lagi?
Zainal : gerai kita kat istana bos.
Hashim : bila nak jual?
Zainal : April Fool ni. hahahaha
(Hashim dan Zainal pun ketawa buat buat, walaupun begitu, perbuatan mereka sudah cukup untuk mengelirukan tuan kedai tentang perkara sebenar yang dibualkan.)
Fri 17 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[28] Komen

Kepada orang orang perlis yang sedang merantau atau mana mana orang yang pernah merantau ke perlis. Terutama bekas student MRSM beseri, IKM, ITM @ UiTM dan macam macam lagi. Anda semestinya ingat lagi nasi ini.
Tak kiralah anda mengenalinya dengan nama
Nasi Ganja?
Nasi Kuning?
Nasi Syed?
Nasi 2 ringgit?
atau apa sahaja nama. Anda semestinya masih dapat merasai kesedapannya
hahahaha jangan jelos
**—————————**
Dulu, masa awal awal dulu jurnal berkembang di malaysia, Sahabat Jurnal kelolaan mie, berkembang. Dulu, semua orang panggil apa yang kita sedang minati dan bacai ini sebagai jurnal. Tidak kiralah Jurnal Peribadi ka, Jurnal Harian ka, janji masa tu orang panggil Jurnal.
Sehinggalah, TokRimau (Bukan nama dlm IC) dan angkatannya telah memperkenalkan istilah webl0g. Bermula dengan nama geng selatan sehinggalah merebak kepada semua. dan akhirnya perkataan bl0g digunakan.
Tokrimau telah menambahkan satu lagi perkataan baru yang dicedok dari bahasa asing ke dalam bahasa melayu/malaysia.
TOKRIMAU! ANDA DIDAPATI BERSALAH!!
**Kebanyakan kementerian sekarang sedang dalam proses pertimbangan akhir untuk menyekat kemasukkan internet ke laman bl0g pula. Arrgghhhh tensionnya…. kalau pakai perkataan jurnal, mesti diorang tak boleh sekat sbb sekali dengan jurnal perubatan, jurnal undang undang dan jurnal halal. aarrghh..
**Jurnal ini terbukti, dan telah diuji, selamat untuk dilawati walaupun setelah disekat nanti
Thu 16 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[9] Komen
Dari Utusan Tabung amanah RM4.4b — Biaya pelbagai projek tingkat mutu pengangkutan awam
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri malam ini, peruntukan itu yang merupakan anggaran jumlah penjimatan hasil pengurangan subsidi minyak akan digunakan bagi tiga tujuan:
- Menambah baik sistem integrasi pengangkutan awam antara bas, LRT, monorel dan komuter.
- Memperluaskan jaringan sistem monorel atau LRT.
- Meningkatkan mutu perkhidmatan bas terutama dari aspek liputan dan kekerapan perkhidmatan.
Lebih 24 juta penduduk, terpaksa terima kenaikan 30 sen seliter minyak, kena jimat cermat, kena naik basikal pi tempat kerja, itu ini, ini itu, semata mata untuk kesenangan 3 juta orang lembah kelang. Bijak!
**————————-**
Dari Utusan Perkukuh nilai ringgit elak kesan harga minyak - Dr. Mahathir
Ini baru cara seorang perdana menteri berfikir, beban diberi kepada rakyat sebagai langkah terakhir. banyak lagi cara boleh buat.
**————————-**
Dari Seorang ahli Parlimen kelmarin
Jika TNB tidak menaikkan tarif untuk orang kampung dan pengguna biasa, dan hanya menaikkan untuk pihak Industri, saya setuju
Patut nak ajar dia belajar Makro Ekonomi atau Mikro Ekonomi? hmm.. ajar ekonomi asas dah lah. hahaha
Orang kampung pun tahu, kalau tariff elektrik naik untuk kilang, harga barang akan naik.
**————————-**
dari Laman web Pejabat PM Cadangan Penubuhan Badan Pantau Salah Laku Polis Dalam Pertimbangan, Kata Abdullah
Penubuhan IPCMC adalah satu daripada 125 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada Mei tahun lalu, bertujuan meningkatkan profesionalisme pasukan itu.Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terbuka daripada tiga organisasi dalam pasukan polis iaitu Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor, Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Yang Diwartakan dan Persatuan Polis Pangkat Rendah.
Dari Ketua Polis KL seketika dulu
Kalau dilaksanakan, tiada lagi Budi Bicara
Laksanakan ja Dato’ Seri, kalau boleh buat untuk semua penguatkuasa, lagi bagus. Kepada para polis, Kerja Ikut Peraturan, Jangan Ikut Amalan, takdak masalah. Aku tak jumpa lagi frasa Budi Bicara Polis dalam Akta Polis, Kanun Tatacara Jenayah dan Undang Undang Pencegahan.
Tue 14 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[10] Komen
Budak Lulus dengan Cemerlang
Anak : ayah, nak beli motorlah, senang sikit kat universiti nanti
Bapa : jangan kata moto, mesin padi pun aku boleh beli bagi.
Budak Gagal dengan Cemerlang
Anak : ayah, nak ambik sekali lagilah peksa
Bapa : tak payah duk mengatai, tolong aku motong lagi baik
*motong = menoreh getah
Result Seorang anak sahabat di kota besar
Bahasa Melayu A1
Bahasa Inggeris A1
Sejarah A1
Pendidikan Islam A2
Matematik A1
Matematik Tambahan A1
Lukisan Kejuruteraan A1
Fizik A1
Kimia A1
Prinsip Akaun A1
Pendidikan Seni A1
Mon 13 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Idea[13] Komen
Aku ingat, nak buka syarikatlah. daripada takdak apa buat kat opis ni. baik jugak kalau aku niaga apa apa.
aku nak buka syarikat yang berniaga
1. jadi event manager
2. jual barang sekolah. terutama sekali, Portable PA System dan Valkie Talkie
3. Buat website murah murah dekat syarikat kecil kecil kat utara ni
4. tangkap gambar orang kawin
5. dan jual ikan pekasam dan mempelam harum manis online.
tapi aku ada masalah, aku tak tahu nak kasi nama apa syarikat aku tu. cadangan yang ada takat sekarang
1. Run Run Away Company
2. Syarikat Hang Buah
3. http:// company
4. Noname company
arrgghhh… sesaknya aku. susahnya pilih nama. tu belum pikir bab nak kasi nama anak lagi nanti tu. ish.. tolong lah ooii.. /((
Next Page »