March 2006
Monthly Archive
Fri 10 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[25] Komen
UTUSAN - 4,779 calon SPM 2005 dapat A semua mata pelajaran
Ramainya budak bijak. Bukan aku jelos. tapi rasa tak best. betul, betul. aku tak jelos.
Kemasukkan ke Universiti terhad, keluar negara mahal. IPTS, mahal dan pembiaya dah tak ramai.
Bayangkan, untuk yang dapat semua A pun dah 4779. HAMPIR LIMA RIBU. Itu dah kompom dah IPTA ambik.
Yang lain, 394359 calon lagi? Yang lulus SPM?
Takkan terkejut jika nanti, ada yg lulus ni pun, terpaksa masuk giat mara.
Ok,
bukan itu yg aku nak perkatakan.
apa yang aku nampak, jika budak budak sekarang ni dah pandai, elok sangatlah dipertingkatkan (<–perkataan ni salah dari segi tatabahasa dewan /))) kurikulum pelajar sekarang.
Yang menengah spm ni, diajarlah silibus stpm. Yang menengah pmr tu, diajarlah yang menengah spm sama. yang upsr diajarkan yang menengah pmr.
Kita bukan nak bodohkan pelajar. kita cuma nak tingkatkan taraf pelajar tu.
Macam ko duk lumba A1, menang jer. kita kasi lumba F1 pulak. bukan nak kasi kalah, tapi nak kasi taraf tu lebih tinggi.
Aku dulu kat sekolah, ada sekali pertukaran pelajar, pelajar dari jerman, dia baru 16 tahun, tapi kat sekolah dia, dia belajar mcm budak U. mcm mcm, muziklah, sosial politiklah.
Kita tidak rugi apa apa, kalau benda gini berjaya, orang yang lepas SPM pun dah taraf diploma. jadi pelajar tersebut, kalau tak masuk U pun, taraf untuk dia dpt kerja mmg ada dan tinggi.
Sekarang bukan lagi proses untuk membasmi buta huruf. tetapi tahap untuk meningkatkan taraf pelajar sekolah kita.
Wed 8 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[26] Komen
Mak aku suruh aku pi pejabat tanah. Tanya balik pasal tanah yang duduk skrg ni. geran takdak. Kena mintak. takut takut nanti kena halau.
Hari pertama
pergi pejabat tanah kangar. Tanya pasal tanah. diorang mintak IC bapa aku dulu. IC lama. nasib baik aku ingat.
Tunggu. Cari Fail.
Fail jumpa. Dah nak hancur dah.
Diberi borang. 3 borang. 2 salinan. hantar bersama salinan sijil mati dan IC pemohon. Dapat kad rujukan no fail.
Fuh.. bapa aku mohon dari 1985 tapi masih belum dapat Geran.
Hari Seterusnya
Hantar Borang. Kuanter 2. Tunggu.
Dapat slip. bayar RM70 untuk proses. kuanter 4@5@6.
Beratur. dan Bayar
Sudah Bayar. Kembali ke kuanter 2. tunggu.
Borang ke meja pegawai. tunggu.
tunggu.
tunggu.
tunggu.
pegawai datang. panggil masuk.
lihat peta. cari lokasi. setuju.
pergi ke kuanter 7. jumpa pegawai.
beratur. tunggu.
jumpa pegawai. temuduga. pengesahan.
“eh, tanah dah tengok dah”
“dah, ada peta kat belakang tu.”
“oo.. ni dah ukur dah ni, siap dah ada PT. org tanah sebelah ni dah dpt geran”
“dah, chu saya dah dpt dah geran tu”
“hmm, mcm mana awak tak dpt lagi yer, takpalah”
Selesai. kembali ke kuanter 2.
tunggu.
selesai. diberi slip bayaran dan no rujukan baru. tahun 2006.
“ini jer kak proses dia? kira selesai lah?”
“yer, simpan no rujukan ni kalau ada apa apa hal”
“jadi lepas ni saya tunggu surat jerlah?”
“takyah tunggu, tak tau tahun bila lagi baru dapatnya”
:geram:
oo.. ok.. aku perlu tunggu 2027 pulak, aku kena suh anak aku pulak buat proses sama. dan tunggu lagi hingga 2048. dan seterusnya.
Mon 6 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Lain-lain[12] Komen
Disebuah restoran bawah pokok cermai. Aweks
Awek Cun : Yer Bang, nak air apa?
Faruq : nak Air.. Air.. I.. I Love You!
Awek Cun : Nak minum taknak?
Faruq : Jom kita kawin jom!
Awek Cun : Taknak minum sudah..
Faruq : eh eh eh.. tunggu tunggu. nak gurau pun tak boleh. Bagi abang, Tongkat Ali tarik.
Awek Cun : Minum pun tongkat ali, ada hati nak kawin ngan pompuan!
Aku; minum Teh ‘o’ Beng jer
Fri 3 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Idea[15] Komen
Saudara Pengarang,
Pertambahan sekali ganda dari 5.7 bilion kepada 11.2 bilion dari tahun 2004 kepada 2005 untuk kegunaan subsidi termasuk subsidi petrol amat membebankan kerajaan sehingga boleh menjejaskan pertumbuhan rancangan pembangunan Malaysia.
Saya ingin menggunakan medium ini, untuk mengemukakan cadangan yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan pendapatan dalam memastikan jumlah subsidi dapat ditingkatkan, harga minyak turun ke paras yang selesa, dan rakyat dapat berbelanja dengan selesa.
Penggunaan petrol banyak digunakan oleh kenderaan yang mempunyai kapasiti CC yang tinggi, sekali gus merekalah yang menggunakan subsidi minyak yang paling banyak walaupun pada asasnya, mereka ada kumpulan yang berkemampuan tinggi.
Oleh yang demikian, saya mencadangkan agar, untuk Cukai Eksais bagi kenderaan motokar 2000c.c. hingga 2499c.c. dinaikkan dari 80% kepada 240%, 2500 c.c. hingga 2999 c.c. dinaikkan dari 90% kepada 270% dan kenderaan yang melebihi 3000 c.c. dinaikkan dari 100% kepada 400%. Bagi cukai eksais motosikal 501 c.c. hingga 800 c.c. dinaikkan dari 40% kepada 150% dan 800 c.c. ke atas dinaikkan dari 50% kepada 200%.
Bagi cukai jalan pula, saya mencadangkan agar kerajaan menaikkan cukai jalan bagi Kereta penumpang persendirian milik peribadi dan syarikat yang mempunyai kapasiti 2001 c.c. hingga 2500 c.c. dinaikkan dari RM1.00 per c.c. kepada RM3.00 per c.c., 2501 c.c. hingga 3000 c.c. dinaikkan dari RM2.50 per c.c. kepada RM8.00 per c.c., dan 3000 c.c. ke atas dinaikkan dari RM 4.50 per c.c. kepada RM20.00 per c.c. Bagi cukai jalan untuk motosikal pula, diharap kerajaan menaikkan motosikal 251 cc hingga 500 c.c. dari RM200 setahun kepada RM600 setahun, 501 c.c. hingga 800 c.c. dinaikkan dari RM300 setahun kepada RM1200 setahun dan 801 c.c. dari RM400 setahun kepada RM3000.00 setahun.
Secara mudahnya, adalah diharapkan kerajaan dapat menaikkan cukai eksais dan cukai jalan bagi kenderaan yang berkapasiti tinggi yang menggunakan kadar minyak yang tinggi, kerana mereka ini adalah golongan yang paling berkemampuan tetapi menggunakan paling tinggi subsidi kerajaan. Ia adalah sesuatu yang tidak adil kepada golongan berpendapatan rendah yang paling teruk terpaksa menyerap kesan dari kenaikan ini.
Adalah tidak menjadi sesuatu yang rasional menggunakan kenderaan yang berkapasiti tinggi di dalam negara yang menghadkan hadlaju setakat 110km/j sahaja.
Dengan kenaikan cukai cukai tersebut, saya yakin kerajaan akan mampu untuk meningkatkan pendapatan dan akhirnya, dapat mengurang harga petrol ke paras yang selesa kepada rakyat. Paras sekarang menampakkan, kenaikan harga akan berlaku dan terus berlaku sehinggalah kenaikan tariff elektrik nanti. Ini akan menyebabkan rakyat akan meminta kenaikan gaji pula. Dan akhirnya, kerajaan terpaksa berbelanja lebih juga.
Sang Marhean aka RON97
http://ron97.mygj.net
Thu 2 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Biasa[13] Komen
Di dalam sebuah kelas. di sekolah mahal. yang bapaknya membekalkan telefon bayar bulan. yang dikeliling oleh zoo zoo tempat monyet monyet melompat di tengah malam.
Waktu ketiga. Ustazah masuk.
“Selamat Pagi Cikgu.”
“Ok, hari ni kita berlajar berkenaan Nilai Nilai Murni yang perlu ada dalam diri kita.”
“Baiklah, saya mahu setiap orang sebut satu nilai murni setiap orang. siapa tidak dapat, kena denda. ”
“Kita mula dengan yang sebelah kiri dulu.”
“Amanah”
“Jujur”
“Baik Hati”
“Prihatin”
“Pemurah”
“Suka Menolong”
“Berterima Kasih”
“Menghormati orang tua”
“Pembersih”
“Penyayang”
“Pengasih”
“Bersederhana”
“Tidak mengambil hak orang”
“Tidak membazir”
“Tidak merosakkan harta benda awam”
“Setia”
“Menjalankan tanggungjawab yang diberi”
“Tidak berbohong”
“Tidak makan rasuah, cikgu”
“Menjaga hati ibu bapa”
“Sentiasa bercakap benar”
“Hmm.. bagus pelajar pelajar sekalian. Saya harap kamu dapat ingat semua yang telah kamu katakan itu. Baiklah, untuk seterusnya, sila hantar buku kerja kamu untuk saya semak.”
Dan pelajar itu. Bila dah tamat waktu sekolah. Pulang lalu tempat tempat yang dikeliling oleh zoo zoo tempat monyet monyet melompat di tengah malam. Dan mereka ada gelung bulat atas kepala.
Mereka akan jadi Rakyat Malaysia yang Baik bila besar nanti.
Wed 1 Mar 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[20] Komen
Semalam, atau lebih tepat lagi bagi yang menonton berita pukul 8, malam semalam. Ramai yang jatuh terduduk dan juga jatuh berterdiri. MINYAK NAIK, bukan 5 sen, bukan 8 sen, bukan 10 sen tapi 30 sen. Semua pakat pakat pi isi minyak fulltank malam tu jugak.
Alasan kerajaan, kenaikan tersebut adalah untuk tempat satu tahun setengah, maksudnya, sejak bulan julai lepas sehinggalah disember tahun ini, itu sahaja kenaikan yang akan berlaku. Ya.. aku setuju, kerana kerajaan tak boleh buat kenaikan berperingkat, sbb nanti lagi rakyat marah. Sbb tahun ni, banyak mender lagi nak naik harga.
Dan kita, harus marah? harus boikot kerajaan? harus gulingkan Paklah sbb tak pandai? harus masuk TV3 sbb tv3 jer boleh tolong selesai masalah rakyat? atau kita nak duduk umah diam diam taknak kuar mana mana?
Bagi aku, semua kenaikan ini adalah biasa, kita tak boleh untuk hidup macam kita hidup tahun 80-an dulu. umah murah 20k. nasik lemak 50 sen. sekarang zaman semakin pesat. ramai pekerja yang bertaraf graduan yang gaji ribu ribu. banyak bangunan dan jalan yang pakai duit juta juta. umah murah dah 50k. nasik lemak dah 1.50. Kenaikan akan berlaku. kita harus terima.
Kerajaan kata, dengan kenaikan minyak 30 sen ni, harga barang takkan naik. Kepala Hotak hang, dia nak bawak barang pakai tarik naik gajah ker? pi tengah laut pakai kayuh kayak ker? Semua tu akan naik. Realitinya harus kita terima.
Cuma, dalam hidup ni, kalau nak hidup bahagia org kata, kena ada ‘give and take’. itulah yang pentingnya.
Contoh mudah, gaji kakitangan awam ni, kumpulan sokongan terutamanya, perlarasan gaji baru lama dah tak pernah buat. Masa perlaksanaan SSM dulu tu, bukan buat perlarasan pun, Imbuhan Tetap Kakitangan Awam dari tahun 70-an tak berubah. Elaun Perumahan 180 jer dari tahun berapa lagi.
“Kajian semula gaji yang terakhir dilakukan ialah pada 1977, diikuti dengan pelancaran Skim Saraan Baru (SSB) pada 1992. Walaupun pelbagai elaun telah disediakan, kita perlu kajian semula gaji bagi mengatasi kenaikan harga petrol, yang telah dinaikkan sebanyak tiga kali sejak tahun lalu,” kata Presiden Cuepacs Datuk Nordin Abdul Hamid memberitahu Bernama.
Secara Mudahnya, Perbelanjaan yang tinggi, harus diselaraskan dengan Pendapatan.
Tak paham?
NAIKKAN GAJI LAH!!!
« Previous Page