June 2006
Monthly Archive
Fri 30 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[10] Komen
4 Juta rakyat malaysia masih belum mendaftar sebagai pengundi berbanding hanya 10 juta sahaja yang mendaftar
Promosi dalam Tv salah satu usaha
RTM diminta membantu dalam menayangkan klip promosi kerana RTM adalah wadah kerajaan
TV3 dan anak anaknya, mesti bayar.
Ya, RTM mmbantu memberi slot percuma.
Tapi pada waktu tengahmalam sebelum negaraku tengahmalam dan selepas negaraku pagi.
yang hanya sesuai untuk mengalakkan para hantu mendaftar sebagai pengundi.
mungkin sbb itulah mereka kata ramai pengundi hantu.
walaupun pada dasarnya, mana ada pengundi hantu
Petisyen PAS Cabar Keputusan P’raya Kecil Pengkalan Pasir Ditolak
Mon 26 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[23] Komen
Kondisi : Demam sikit sikit
Lokat : Presint 9
Misi : Kursus
Baru abis mesyuarat SPR di perlis, dengan kekuatan 9 org, walaupun yg ambik bahagian penuh hanya beberapa, namun semuanya berjalan lancar. tan Sri, datuk dato’ semua nampak happy. kira oklah tu. Penat tu memanglah penat, apa boleh buat. Tapi bila tengok semua tetamu gembira je, legalah sikit penat. Adat jadi tuan rumah, tetamu dilayan denga sesempurna mungkin.
Itu kisah minggu lepas, minggu ni, di putrajaya pulak, kursus bersama bos bertempat di Parcel C.
Bulan ni (06/06) mmg gila gila packlah, duit pun dah tahap boleh nak bangkraplah.
Aku sekarang tengah mempertimbangkan untuk pakai line pulaklah, taknak dah prepaid, byk habis duit pakai prepaid ni. pakai postpaid lagi bagus aku rasa.
Aku riki riki, Celcom paling bagus. Plan minute yang ada minute percuma 8 jam tu. bagus jugak tu.
———————-
Datuk S. Subramaniam kalah, menang Datuk Palani vellu.
mereka takkan rugi apa apa, malah kemungkinan untung
tapi dari segi moral, mereka mmg rugi besar
———————-
Seminggu lebih aku tinggal jurnal aku, byk comment spam masuk. dekat 200. satu kerja aku duk mendelete. aku rasa dah ok dah sikit lepas aku upgrade wordpress dan install akismet.
———————-
Sorilah, bila aku tengah sibuk, dan duduk kat KL ni, otak aku jadi beku sikit, takleh nak tulis benda benda best best
Sat 17 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[19] Komen
Note : Aku ingat aku lupa password, rupanya Musangapi ni yang tak allow cookies.
Kenapa mesti, bila ada kenaikan harga
barang lain takleh naik harga?
contoh mudah
naik minyak
napa?
org jual surat khabar tak kena pakai minyak nak hantar anak pi sekolah?
org yang menoreh getah tak kena pakai minyak nak pi beli sayur dan ikan?
itu satu masalah
satu masalah lagi,
kalau media sibuk sibuk kata harga naik,
maka penguatkuasa akan pi market market, kedai runcit, SERBU!
Depa nak salahkan peruncit jual harga mahal,
dah pemborong letak harga mahal
pemborong letak 1.45
dah tu nak suh peruncit jual 1.30?
kenapa peniaga kecik kecik yang tak mampu nak upah lowyer ni yg diserang,
aku paham sbb dulu bapak aku meniaga jugak sehinggalah dia dah tak larat.
nak cantas naik harga tak kisah, tapi cantas dari punca lah.
Thu 15 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[23] Komen
Aku tengah konpius
Konpius tengah aku
Sejak pagi kelmarin
aku pikir pikir
aku tenung tenung
aku tilik tilik
aku pejam pejam
meleleh air liur basi.
AKu apply kursus kat Intan Kewangan dan Intim Kemaman, adalah beberapa kursus sehingga bulan 12 nanti. selang selanglah.
Tapi heran, bos aku tak lulus, dia suh aku cari kursus yang dekat ja. Kursus kat Intura (intan Wilayah utara) sahaja.
Heran, kenapa masalahnya?
jabatan aku dulu, takdak masalah pun, malah kalau buat kursus protokol pun, kami buat jauh jauh, kat kelantan lah, kat sabahlah. nak kasi pegawai boleh pi merasa tempat orang sama.
Tapi aku heran, kenapa boss aku ni pulak?
aku cuma ada satu jawapan dari Akak GJ.
Dia bermotif KEJI!
dan aku setuju
Dia PTD,
jadi kenalah POYO.
apalah boleh buat
dah nasib.
Pagi tadi ada org Search kat http://www.google.com.my “cara buat bom tangan” dari IP 60.51.13.30 dan termasuk dlm website aku.
Dia nak bom sbb dia marah pasal jepun kalah atau sbb harga gula (mungkin) naik?
Wed 14 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[14] Komen
Bola satu dari bola dua, panggilan over
Bola dua dari bola satu, jalankan berita
bola satu dari bola dua
harga gula pula nak naik
mereka kata dah 10 tahun tak naik
over
bola dua dari bola satu
suruh mereka senaraikan semua benda yang belum naik harga
dan naikkan pada tahun ini juga
over
bola satu dari bola dua
bola satu dah naik angin ke?
over
bola satu dari bola tiga
sabar tuan, jom perkena teh tarik dulu
over
bola tiga dari bola satu
DIAM KAU! apa kau ingat ini Gerak Khas?
Roger n Out!
Tue 13 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[13] Komen
hari ini
di klinik kesihatan kangar
seorang makcik
umur 80 tahun
membebel panjang
anaknya yang dikejut malam tadi
tidak mahu bangun menemannya
Puas ditampar tampar punggung anaknya
Penting
tapi anaknya tidak memahami
memang,
memang anaknya tak paham
langsung tak paham
hari ini
di klinik kesihatan kangar
seorang makcik
umur 80 tahun
membebel panjang
bagaimana jepun boleh kalah bola semalam
biarpun tok dan tokwan pemain itu mungkin pernah merampas ubi kayunya dulu
tapi dia tetap menyokong jepun
berteman anaknya disisi
hari ini
di klinik kesihatan kangar
seorang makcik
umur 80 tahun
membebel panjang
tekanan darahnya masih tinggi
doktor nasihatkan dia banyak rehat dan hati hati makan.
Tue 13 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[20] Komen
Dia tak ambik buku ASB aku
dia tak ambik buku tabung Haji aku
Dia tak ambik id ngan password Maybank2u aku (akaun gaji)
dia tak ambik password komputer aku
dia tak ambik address jurnal aku
tapi …
dia ambik sijil kursus kawin aku
/((
Mon 12 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[11] Komen
5 Perkara yang tidak patut aku lakukan setelah majlis kawin
1. Lepas akad nikah, pergi makan kenduri pihak pompuan, terus balik perlis. (akceli, lari dari basuh kawah. hahaha)
2. Lepas kenduri baru aku gunting rambut
3. Bini aku sakit mata time kenduri, jadi takleh jumpa org takut berjangkit
4. Orang lain shopping barang rumah lepas kawin, aku ngan bini shopping barang komputer kat lowyat
5. aku tinggalkan bini aku kat putrajaya sorang sorang. hahaha

Album Kawin kat Umah aku
Mon 5 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[31] Komen
semalam akad nikah
sekali je, takdak masalah
aku dah cakap taknak sanding
dibuat juga sanding
sakit jiwa tul
dahlah sampai 2 kali salin
[mak andam pun tak tau nak lipat sampin buat bunga, aku pulak yg mengajar dia. apalah. nasib baik aku pernah kerja istiadat dulu]
pahtu kena tangkap gambar pulak, lampu studio kiri kanan. dahlah gambar stail possing, angkat angkat sikit muka, kiri sikit, ok ok, pandang kamera. alamak, lupa on pulak. kepala otak tul. Mcm kata nida madulebah, aku raja sehari yang dibuli oleh hamba hamba sehari.
Aku terpaksa balik perlis untuk bantu mak aku, mak aku sorang kat perlis untuk urus kenduri. aku anak tunggal, jadi takdak sepa lagi nak aku harapkan. apa apa, aku dan mak aku jelah.
Bini kesunyianlah malam pertama, takpalah, 2 hari je. rabu ni bertemanlah
aku sampai umah kul 3 pagi tadi, pagi ni masuk opis. aku tgh laloq gila gila ni. ngantuk sangat sangat.
aku dapat cuti 2 hari ja, esok dan lusa. esok persiapan, lusa kenduri. tulat kerjalah balik. aku tak nak bising bising pasal aku hanya dapat cuti 2 hari ja, sbb buat sakit hati saja.
Oklah. sori, entry kali ni ditulis dalam kadar separuh sedar dan separuh tidur. sebarang kemerapuan adalah diluar sedar.
Fri 2 Jun 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[22] Komen

Gambar aku tgh melatih dia bermain congkak.
Dengan cara aku mengalahkan dia dengan teruk sekali. hahahaha :setan:
Gambar Ehsan tanpa kebenaran http://opx04.fotopages.com/
Assalamua`laikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Walimatul Urus
Dengan segala hormatnya mempersilakan
Tuan/ Puan/ Cik, Suami/ Isteri serta keluarga ke rumah di alamat:
116, Kg. Gelam
Pasir Puteh
kelantan
0129557542
Pada hari Ahad, 4hb Jun 2006 . Bersamaan 7hb Jamadil Awal 1427
&&&&&
Kg. Chelong
CHUPING Perlis
0129557542
Pada hari Rabu, 7hb Jun 2006 . Bersamaan 10hb Jamadil Awal 1427
Kerana mengadakan tanda kesyukuran perkahwinan kami.
Semoga dengan kehadiran Tuan/ Puan/ Cik akan menyerikan lagi majlis ini.
Terima Kasih.
Yadziz & Azila
Next Page »