August 2006


Aktiviti Anda sepanjang Bulan Syaaban
1. Puasa sunat (yer bang)
2. Daftar Umrah Bulan Ramadhan (yer bang)
3. Cari Alamat member- member lama (yer bang)
4. Tempah Baju Raya (yer bang)
5. Tempah Kuih Raya (yer bang)
6. Ganti Puasa sebulan (yer bang)
7. Tengok anak bulan (yer bang)
8. Cari Supllier Buah Kurma dan kuih Raya (yer bang)
9. Simpan Gula byk byk. (yer bang)
10. Simpan duit syiling byk byk (yer bang)
11. Apply cuti raya (yer bang)
12. Beli tiket raya (yer bang)
13. Tutup blog, uninstall YM. tutup telefon. Taknak terima sebarang msg raya sbb tahun ni takleh balik Malaysia (yer bang)
14. Tempah kereta baru (yer bang)
15. Pi Nilai 3 cari kain tirai baru (yer bang)
16. Pi IKEA cari sofa baru (yer bang)
17. Doa byk byk Bonus 4 bulan gaji (yer bang)
18. Doa byk byk Bonus dpt sebelum raya (yer bang)

Hampir seminggu tak masuk opis
Pergi terengganu
Ada majlis APC
aku? belum lagi, tahun depan kalau boss makan aku punya bodek, dapatlah
tengah duk bela boss la ni. hahahha :setan:

Hari ni, jadi blur
nak update pasal apa?
Pasal *PR?
pasal daftar automatik mereka yang cukup umur 21 tahun ke atas?
pasal mengundi elektronik?
terlalu akademik

atau pasal opis?
pasal elaun basikal?
pasal opis takdak orang?
tak best

atau pasal pejabat tanah lagi?
pasal telefon tak angkat angkat?
pasal pegawai tak tahu ke mana?
cerita yang tak berkesudahan

atau aku nak cerita pasal undang2?
pasal majistret ngan hakim rendah sbg kakitangan awam?
pasal tun salleh?
aku mana reti

akhirnya ini cerita aku,
————————————————————————————-

4 sudu tepung gandum
2 sudu tepung jawi (tepung beras)
sedikit garam
sedikit kapur makan (bukan kapur tulis:P)
segelas air
cempedak masak (pastikan bukan nangka, kalau tak kenal, tanya makcik tu dulu)

oo, lupa, satu lagi perlu dimasukkan, mak aku. tukang masak. hahahaha.
sejurus cempedak bersalur tepung mencecah minyak yang panas, fuhh bau.. mengoda. bau mamak tak mengoda mcm ni
dah angkat, lagi harum,
anyway, kalau dah masuk pinggan
apa lagi, lari…
bwk depan kipas dan pasang no 3.
halakan kepada cucuq cempedak tadi.
fuhhh… bau.. cucuq paling wangi aa..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak.. abis seulas
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
Mak aku angkat yang baru masak lagi
ambik, tambah dlm pinggan.
apa lagi, lari…
bwk depan kipas dan pasang no 3.
halakan kepada cucuq cempedak tadi.
fuhhh… bau.. cucuq paling wangi aa..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak.. abis seulas
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
FUH FUH.. makan.. ADUI ADUI.. PANAIH PANAIH.. makan.. PANAIH LAH OOII.. makan jugak..
aku pandang dapur,
mak aku dah tak goreng, walau ada lagi belum goreng. dia buat kerja lain pulak.
hahaha.
kalau dia goreng lagi, habislah sebiji cempedak 3 kilo aritu.
muahaha

Pejabat MPK disita gagal bayar ganti rugi RM6j

KANGAR 15 Ogos – Pejabat Majlis Perbandaran Kangar (MPK) di sini hari ini disita selama dua minggu ekoran kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu membayar ganti rugi termasuk faedah berjumlah lebih RM6 juta kepada sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur.

Kesemuanya bermula gara-gara tindakan MPK membatalkan kontrak perjanjian dengan syarikat terbabit iaitu Sonati Development Corp. Sdn. Bhd. (Sonati) yang telah dilantik untuk membangunkan sebidang tanah milik MPK di atas lot PT4417, Mukim Titi Tinggi di Padang Besar pada 14 April 2000.

Selepas melalui proses perundangan lebih lima tahun yang mengesahkan MPK melanggar syarat-syarat kontrak perjanjian, Sonati melalui Tetuan K. Kulasekar, Achan & Associates memperolehi perintah pelaksanaan penyitaan tersebut oleh Mahkamah Tinggi Kangar pada 8 Ogos lalu dan tepat pukul 12 tengah hari ini, perintah itu dilaksanakan oleh bailif.

Berikutan itu, kakitangan MPK diarah mengosongkan pejabat tersebut bagi urusan penilaian aset dan PBT itu diberi tempoh dua minggu untuk menyelesaikan segala tuntutan ganti rugi daripada Sonati Development.

Sekiranya gagal, segala harta alih termasuk kenderaan yang dimiliki MPK bakal dilelong kepada awam.

Bagaimanapun, dalam satu pertemuan antara syarikat berkenaan yang diwakili Ketua Jabatan Hal Ehwal Korporatnya, Mohd. Shafari Yaakub, para peguam daripada Tetuan K. Kulasekar, Achan & Associate dengan MPK yang berlangsung selama hampir sejam, satu persetujuan telah dicapai.

Persetujuan tersebut antara lain membenarkan kakitangan MPK untuk meneruskan operasi harian seperti biasa bermula esok.

Namun begitu, segala aset milik MPK seperti komputer dan aset-aset lain tidak dibenarkan dipindah atau dibawa keluar daripada pejabat terbabit.

Pada pertemuan tersebut, MPK hanya diwakili oleh Setiausahanya, Suhaimi A. Majid dan Ketua Jabatan Undang-Undang, Zahirah Azman.

Menurut Mohd. Shafari, melalui perjanjian bertarikh 14 Jun 1999, Sonati telah dilantik bagi menguruskan pembangunan di tanah itu untuk dibina taman perumahan.

“Tetapi, pada 14 April 2000, MPK bertindak membatalkan kontrak perjanjian. Ekoran itu, kita telah mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Tinggi Kangar.

“Ketika perbicaraan terakhir pada 4 Februari 2005, Hakim Datuk Hasan Lah mendapati pembatalan kontrak itu telah melanggar undang-undang dan memerintahkan Penolong Pendaftar Kanan menaksirkan jumlah ganti rugi,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Shafari berkata, selepas rayuan MPK untuk mengetepikan tindakan undang-undang yang dilakukan oleh Sonati ditolak Mahkamah Rayuan, MPK didapati tidak menjelaskan segala tuntutan ganti rugi termasuk kadar faedah sebanyak lapan peratus berjumlah lebih RM6 juta sehingga kini.

Dalam perkembangan sama, peguam yang mewakili Sonati, Murali Achan berkata, pihaknya juga bersetuju agar operasi lori mengangkut sampah MPK berjalan seperti biasa bagi memastikan urusan berkaitan tidak terganggu.

Persoalan Pertama - Bagaimana semua ini terjadi?
Akupun taktau. muahahahaha /))
sila baca selanjutnya

MPK tamat kontrak RM10j selepas pemaju gagal kemuka pelan - Saksi

KANGAR 8 Feb. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) telah menamatkan kontrak sebuah syarikat pemaju perumahan selepas gagal mengemukakan pelan lengkap projek Taman Singgahsana bernilai RM10 juta di Padang Besar, pada tahun 2000.

Penolong Setiausaha MPK, Azhar Hassan ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes bekas Yang Dipertua agensi tersebut, Baharuddin Ahmad berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang diadakan pada Februari tahun itu.

Beliau yang merupakan saksi pendakwa ke-11 kes itu menjelaskan, syarikat berkenaan, Sonati Development Corporations Sdn. Bhd. (Sonati) juga dipercayai menghadapi masalah kewangan kerana gagal menunjukkan bukti berhubung perkara itu.

“Penamatan kontrak dianggap wajar memandangkan maklum balas syarikat itu terlalu lembab apabila diminta berbuat sesuatu.

“Tindakan itu diambil selepas mengambil kira kepentingan para pembeli rumah di taman tersebut,” katanya.

Azhar berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam bela Baharuddin, Vazeer Alam Mydin Meera berhubung empat tuduhan rasuah Baharuddin yang membabitkan wang berjumlah RM387,500 pada tahun 1999.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Rosilah Yop.

Sebelum itu, soalan Vazeer Alam dibantah oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria kerana mendakwa ia tidak ada kaitan dengan kes rasuah yang dibicarakan.

Bagaimanapun, bantahan itu disangkal oleh Veera Alam bahawa soalannya dianggap relevan kerana ia menyentuh kredibiliti syarikat pemaju itu dan ketelitian MPK menjalankan urusannya.

Azhar kemudiannya memberitahu, kontrak Sonati diambil alih oleh syarikat Hosana Contructions Sdn. Bhd. (Hosana) selepas bersetuju menampung kerugian yang ditanggung oleh Sonati lebih RM500,000.

Baharuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 9 Februari tahun lalu selepas ditahan di rumahnya di Taman Ira di sini.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh yang ketika itu menyandang jawatan Yang Dipertua MPK dengan secara rasuah meminta suapan wang sebanyak RM300,000, menyamai tiga peratus daripada projek perumahan Taman Singgahsana di Titi Tinggi, Padang Besar bernilai RM10 juta milik MPK antara 5 dan 15 Februari 1999.

Wang itu diminta oleh tertuduh daripada Nik Mokhtar Nik Hassan sebagai dorongan supaya dia meluluskan projek perumahan itu.

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh pada 3 Jun 1999, lebih kurang pukul 1.30 petang telah bersetuju untuk menerima wang tunai berjumlah RM25,000 daripada Nik Mokhtar dalam sebuah kereta bernombor WDT 399 di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur sebagai upah untuk meluluskan projek usaha sama perumahan yang sama.

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh pada 9 Julai 1999 lebih kurang pukul 5 petang di pejabatnya dengan secara rasuah menerima wang tunai dan sekeping cek masing-masing berjumlah RM30,000 daripada Nik Mokhtar sebagai upah meluluskan projek itu.

Pertuduhan keempat, dia didakwa menerima satu set permainan golf jenis `Mizuno’ bernilai RM2,500 daripada Nik Mokhtar di Kedai Tan Aik Hin di Padang Besar pada 27 Oktober 1999 kira-kira pukul 1 petang, berhubung tugas rasminya meluluskan projek usaha sama berkenaan.

Perbicaraan bersambung 8 Mac ini. 9/2/2005

sebelum itu, perbicaraan hari sebelumnya

Saksi: MPK bincang wang kecemasan daripada pemaju

KANGAR 7 Feb. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa mesyuarat Majlis Perbandaran Kangar (MPK) pada 25 Februari 1999 tidak membincang mengenai wang kecemasan sebanyak tiga peratus atau RM300,000 yang perlu dibayar oleh sebuah syarikat pemaju perumahan kepada agensi itu.

Penolong Setiausaha MPK, Azhar Hassan ketika memberi keterangan pada perbicaraan terhadap kes bekas Yang Dipertua MPK, Baharuddin Ahmad berkata, mesyuarat itu hanya membincangkan perkara-perkara lain yang tidak membabitkan wang tersebut.

Dalam minit mesyuarat yang ditandatanganinya itu, kata Azhar, tidak tercatat langsung sebarang bentuk bayaran yang perlu dijelaskan oleh syarikat terbabit, Sunarti Development Corporations Sdn. Bhd.

Azhar berkata begitu ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria berhubung empat tuduhan rasuah yang didakwa terhadap Baharuddin membabitkan wang sebanyak RM387,500 pada 1999.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Rosilah Yop. Baharuddin yang memakai jaket berwarna putih diwakili oleh peguam belanya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah.

Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Perlis itu juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 9 Februari tahun lalu selepas ditahan di rumahnya di Taman Ira di sini. -UTUSAN 8/2/2006

Persoalan Kedua - Mampukah MPK membayar?
sila lihat laporan audit 2004. 2005 punya audit, mungkin bulan 10 atau 9 ini baru dpt.




Persoalan Ketiga - Apakah pilihan yang MPK ada?
Pandangan aku, ada beberapa pilihan
1. Buat pinjaman peribadi kat koperasi mana mana. Muahahaha
2. Pinjam ngan Ah Long. Muahahaha lagi
3. Jual Bangunan. Duduk je kat bangunan lama persekutuan tu. Muahaha
4. Biarlah jerlah kena lelong. hahahaha

Persoalan Keempat - Bolehkah kerajaan Negeri menolong?
Ya, boleh, dan semestinya kena tolong, sbb ini bersangkutan ngan kerajaan negeri secara langsung.

Persoalan Kelima - Apakah yang boleh kerajaan negeri tolong?
1. Tambahkan lagi hutang ngan kerajaan pusat yang tak berbayar berapa tahun dah tu. dan makin bertambah tambah lagi tu.
2. Jual sijil simpanan tetap sebanyak RM8j
3. Jual saham dalam BSKL yang dimiliki oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI)
4. Jual semua kereta kereta rasmi Menteri besar dan exco dan protokol. muahahaha

Persoalan Terakhir - Bolehkah MPK membayar balik pinjaman jika dia buat pinjaman untuk bayar?
Ya boleh, sebab, tunggakan hasil memang lebih dari hutang tersebut. Namun, dia perlu lebih tegas untuk kutip.

Pesanan : Bayarlah duit tempat letak kereta. Itu bukan MPK kutip, itu syarikat. kalau takmau kena kompaun. bayarlah yer. heheheh

Dulu,
masa aku dapat tukar Perlis
riak dan takkabur aku bila orang tanya
“dapat tukar jabatan apa?”
aku jawab “jabatan yang 5 tahun sekali sibuk”
orang lain akan tanya balik
“jabatan apa”
aku jawab “pilihan raya”
hahaha

sekarang,
nak update jurnal pun tak sempat,
bz, kerja tak abis abis, hujung minggu pun kena kerja
baru tau sibuk tak sibuk.
Suitable for my face (padan muka aku)
hahhaha

Ini yang betul betul tak berguna

09 Ogos, 2006 15:27 PM

Tiga Lelaki Sekadar Temui Cek Dalam Mesin ATM Yang Dirompak

BUKIT MERTAJAM, 9 Ogos (Bernama) — Tiga lelaki mungkin kecewa besar kerana mendapati mesin ATM yang mereka rompak di sebuah bank di sini pagi tadi tidak mempunyai sebarang wang disebabkan ia mesin mendeposit cek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Daerah Seberang Perai Tengah DSP Chor Ah Sing memberitahu pemberita di sini bahawa dalam kejadian pada 3 pagi tadi, ketiga-tiga lelaki itu cuba melarikan mesin ATM dari tingkat satu bank berkenaan di Jalan Anson di sini.

Katanya perompak-perompak itu memasang jala dan mengikat tali pada mesin itu sebelum mengheretnya menggunakan dua kenderaan.

“Mereka menggunakan sebuah lori dan sebuah kenderaan pengangkut jenis Storm untuk menarik keluar mesin ATM, dan mesin itu kemudiannya merempuh pintu kaca bilik ATM bank itu,” katanya.

Setelah itu, mesin berkenaan terjatuh melalui anak tangga ke tingkat bawah, menyebabkan seorang pengawal keselamatan dalam bank itu terkejut, dan terus menyergah ketiga-tiga lelaki terbabit, kata Chor.

Beliau berkata ketiga-tiga perompak yang memakai topi keledar itu dipercayai sempat membuka peti mesin itu tetapi mendapati ia tidak mempunyai wang sebelum melarikan diri dengan dua buah kenderaan.

Pengawal keselamatan berkenaan, Mahadzir Saari, ketika ditemui berkata, pada mulanya beliau tidak menyedari bahawa mesin itu cuba dibawa lari.

“Saya terkejut apabila terdengar bunyi kaca pecah dan mendapati mesin ATM itu terjatuh dari tangga. Tiga lelaki itu lari apabila saya sergah mereka sebelum panggil polis,” katanya.

–BERNAMA

Kalau aku ni ketua penyamun, aku tembak mati 3 3 ekor tu. buat malu kompeni je.

Anyway, ini cuma kes terpencil, banyak kes sekarang yang para penyamun, pencuri dan perompak cukup pandai. malah lagi pandai dari polis.
Beta sungguh merasa bangga.

SOalan minggu ini, Kalau rumah anda sedang dirompak, apa perkara pertama yang anda cuba selamatkan atau lakukan dahulu?

Anak menantunya itu, timbalan ketua orang muda, menjadi ketua berdemontrasi di Taman menghijau di KLCC dengan memakai nametag
Anak bekas ketuanya dulu, ajk orang muda sahaja, menjadi ketua mencari dan menghantar bantuan kepada mangsa perang.

Siapa lebih berguna ya?

Kepada semua Blogger. Sila ambil perhatian.
Maaf, diulangi, sila ambil perhatian
Sila masukkan logo ini dalam blog anda. Ini adalah proses berjaga jaga.
BP, anda juga perlu masukkan logo ini kerana selalu mempitnah saya.
logo
link image : http://www.mygj.net/beware_blog.jpg

kepada yang malas buat banner, ini ada banner aku yang atas tu kalau nak.
banner merdeka
link image : http://www.mygj.net/merdeka2006.jpg

Butler rumah putih, Amerika hantar sms kat aku sebentar tadi
dia cakap
presiden tengok nightline tv3 smlm guna satelit
dia rasa malu, OIC kutuk dia
pahtu terus dia suruh kapal terbang angkut angkut pi ambik balik semua bom yang dah hantar sebelum ni kat israel.
Pahtu dia marah marah kat presiden israel suh undur tentera. dia kata tak malu ke orang kutuk kita.
Butler tu dlm sms dia cakap, presiden tak boleh nak tidur sekarang. kesian dia kata.
Nasib baiklah dia buat Milo panas sebotol untuk presiden minum agar terus kekal sihat dan kuat.
Last sms aku terima, presiden dah tidur kat katil selepas diberi teddybear kesayangan dia.
Lega hati aku rakyat negara OIC

Hari tu, kelmarin.
Buat pendaftaran pengundi.
Seorang bekas biasiswa cikgi,
mendaftar untuk mengundi. kerajaan.
sambil meluah rasa hiba. masih belum terima walimatulurus kerja cikgi.
Kerja buat pizza ja. balik 1 2 pagi.
Akhirnya menjadi sesi temuduga untuk kerja sebagai sambilan di opis aku.
Member aku : mengaji mana dulu?
budak ditemuduga : kat KU Johor.
Member aku : kos apa?
budak ditemuduga : ajar ketuk litar
Aku : Napa tak dpt kerja lagi?
budak ditemuduga : nama ja biasiswa cikgi, tapi tak dpt dpt lagi panggilan, senior saya pun belum dpt lagi. bla bla bla bla (dasar cikgi, cakap banyak)
Boss aku : bla bla bla (dia bekas kerja kementerian cikgi, backing kementerian lama)
budak ditemuduga : bla bla bla bla (dasar cikgi, taknak mengalah)
Boss aku : bla bla bla (dasar boss, nak menang jugak)
aku : tak mintak kerja mana mana dulu ka?
budak ditemuduga : semua taknak ambik kerja sbb mesti kerja tak lama. lepas dpt panggilan mesti berhenti. jadi kerja kat fastfood jelah
aku : napa tak berniaga?
budak ditemuduga : mana ada modal, anak orang kaya bolehlah
aku : alah, berniagalah tin tin buruk dulu. hahaha
budak ditemuduga : taknaklah
aku : takpalah, ni ada borang dah ni, kita KIV dulu, apa apa hal nanti kita panggil.
boss aku : OOiii!!! ITU AYAT AKU SEPATUTNYA!!
aku : (buat muka tak bersalah)

:D terlawan boss lah pulak. :D

31 Julai, 2006 13:17 PM

Zainuddin Mahu Media Internet Dikawal

KANGAR, 31 Julai (Bernama) — Media internet dan laman web perlu dikawal oleh kerajaan bagi mengelak penyebaran khabar angin dan berita yang boleh menjejaskan perpaduan kaum di negara ini, kata Menteri Penerangan Datuk Zainuddin Maidin.

Katanya beliau bersetuju dengan pendapat Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow supaya amaran dan tindakan dikenakan terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Zainuddin berkata kawalan itu bukan bertujuan menyekat kebebasan akhbar tetapi untuk menghalang penyebaran berita yang berasaskan khabar angin dan juga artikel serta rencana bersifat perkauman.

“Dari satu segi, kawalan terhadap kandungan media akan meningkatkan kredibiliti sesuatu laman web kerana masyarakat akan tahu berita-berita yang disiarkan adalah tepat dan bukan lagi hanya berasaskan khabar angin,” katanya kepada pemberita pada majlis ‘Seiring Melangkah Bersama’ sempena sambutan 60 tahun agensi di bawah Kementerian Penerangan peringkat Perlis di Dewan Warisan di sini malam tadi.

Zainuddin berkata selagi media perdana tidak turut mengambil bahagian dengan menyiarkan khabar angin dan artikel berunsur hasutan, masyarakat tidak akan terpengaruh atau menganggap serius apa yang ditulis di Internet.

Beliau turut menegur media yang sering memaparkan berita jenayah sebagai berita penting dengan penulisan sensasi semata-mata untuk melariskan penjualan akhbar atau meningkatkan rating penonton terhadap sesuatu rancangan televisyen.

“Jika kita berbuat demikian, secara tidak langsung, kita akan memberi gambaran bahawa negara kita tidak selamat dengan kadar jenayah yang tinggi dan ini akan memberi kesan buruk kepada ekonomi dan imej negara sendiri,” katanya.

Zainuddin berkata bahawa suatu masa dahulu, berita mengenai pembunuhan, penemuan mayat dan sebagainya jarang disertai dengan gambar-gambar mengerikan, tetapi kini sesetengah akhbar semakin berani menyiarkan gambar sedemikian tanpa mempedulikan hakikat bahawa perbuatan itu sebenarnya melanggar etika kewartawanan.

– BERNAMA