September 2006
Monthly Archive
Thu 28 Sep 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[11] Komen
28 September, 2006 16:42 PM
Belum Masa Timbang Kenaikan Gaji Kakitangan Awam, Kata Abdullah
PUTRAJAYA, 28 Sept (Bernama) — Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Khamis berkata kerajaan belum bersedia menimbang permintaan bagi semakan gaji kakitangan awam kumpulan sokongan dan anggota polis.
Perdana Menteri berkata sebarang semakan gaji perlu melibatkan semua kakitangan awam, dan jika ini dilakukan, kerajaan dijangka menanggung perbelanjaan tambahan sekitar RM6 bilion.
“Pada waktu ini saya tak boleh katakan kita bersedia mengeluarkan sekian banyak wang. Kemampuan kewangan kerajaan perlu diambil kira.
“Ini kerana kerajaan juga perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk pembangunan kepada rakyat,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Perjawatan dan Gaji Pekerja-pekerja Sektor Awam di sini.
Cuepacs baru-baru ini dilaporkan meminta gaji pokok RM480 kakitangan awam kumpulan sokongan dan rendah dinaikkan manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pula mencadangkan supaya gaji pokok anggota polis berpangkat rendah disemak semula.
Mon 25 Sep 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[12] Komen
Na.. Na..
tak tau..
kamu kentut!
batal posa!
Wed 20 Sep 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[17] Komen
Banyak sangat masalah ngan PBT
akupun dah naik lemak kepala dengar
Aku rasa, dah tiba masanya
Pilihanraya Majlis Tempatan patut dikembalikan.
atas beberpa sebab
1. Yang mana teruk, tak payah pilih dah tahun akan datang tu.
2. Satu prinsip demokrasi, dalam menentukan jumlah cukai yang hendak dicukaikan, mesti ada wakil yang dipilih masyarakat untuk meluluskannya.
——————————————————————
Aku suka ayat Halim dalam sinar pagi tadi.
“Abang, pakai elok elok baju tu, 2 tahun lagi, baju tu milik saya”
hahaha.
anyway, aku tak pernah merasa semua tu, sbb aku takdak abang. hahaha
Mon 18 Sep 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[14] Komen
Apo kono ni Jang?
perlis boleh jaring 2?
Apo kono ni Jang?
Perlih menang lagi
Apo kono ni jang?
boleh jaring satu ja?
Apo kono ni jang?
perlis menang..
Apo kono ni jang?
kalah ngan bola tanduk 2 2??
apa kono ni jang?
PERLIS JUARA PIALA MALAYSIA!!
Yea Yea! Yea!
Minggu depan cuti.
hahaha
Thu 14 Sep 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[17] Komen
Dia : eh apa ni?
pegawai : awak ditahan kerana menerima rasuah
Dia : bila masa pulak?
pegawai : kami ada bukti, awak menerima suapan dari mr. leong untuk melariskan jualan payung dan baju hujan syarikat beliau
Dia : sekejab rasuah, sekejab suapan, mana satu nii?
pegawai : suapan tu rasuahlah bodoh! dah, mari ikut kami!
Dia : eh, saya tak bersalah, apa yg saya buat??
pegawai : awak dah mengeluarkan ramalan cuaca yang salah, kata ada hujan, untuk melariskan jualan payung dan baju hujan syarikat mr. leong.
Dia : kan dah cakap RAMALAN, BODOH!!!
———————————–
Umi : dahlah aiman, mari masuk, dah tengahhari ni, mari mak suapkan nasik
aiman : aiman taknak makan rasuah umi
Tue 12 Sep 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[22] Komen
Sister On Kelam telah mengumumkan bahawa Daging Lembu Tempatan tidak boleh dimakan.
Ini adalah berikutan satu soal selidik yang dilakukan oleh majlis fatwa mereka ke atas para lembu di tempat ternakan lembu. Dari 1500 respoden lembu yg disoal selidik, mereka mendapati pendapat mereka sebelum ini adalah tepat termasuk menyokong lembu lembu itu keluar dari bangsa ibu mereka. Berikutan itu, satu sidang media arus perdana akan diadakan pada petang ini untuk mengumumkan bahawa daging lembu tempatan adalah haram dimakan kerana lembu tersebut adalah lembu luar nikah. Kajian ke atas kambing dan juga telur ayam sedang dijalankan. sekian, majulah Telur ayam Gred A untuk negara.
Wed 6 Sep 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[10] Komen
Maklumat Kursus
Nama: Kursus Asas Pengurusan Kewangan
Kod Kursus : 150427
Kategori : Kewangan
Pusat / Kampus : KEWANGAN, INTAN BUKIT KIARA
Unit/Projek : Performance Budget Project
Jangkamasa : 4 hari
Objektif
Meningkatkan pengetahuan, peranan dan tanggungjawab pegawai di dalam sistem, prosedur dan peraturan pengurusan kewangan, akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan. Kandungan Pengenalan kepada pengurusan kewangan sektor awam Pemahaman secara keseluruhan tentang perkara-perkara asas pengurusan kewangan (Perolehan, bayaran, terimaan, perakunan kerajaan)
Kumpulan Sasaran
Pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Sokongann dan telah bertugas kurang dari tiga tahun. Juga sesuai untuk pegawai lantikan baru.
Fri 1 Sep 2006
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[12] Komen
Menghargai Perkhidmatan Awam
119. Dalam melaksanakan Misi Nasional, anggota perkhidmatan awam perlu
memainkan peranan yang lebih besar dan ini memerlukan tumpuan kepada prestasi kerja
yang cemerlang. Indeks Prestasi Utama (KPI) telahpun diperkenalkan di beberapa agensi
sektor awam semenjak tahun lepas. Pelaksanaan KPI akan diperluaskan ke semua
kementerian dan agensi kerajaan dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan.
Langkah susulan akan diambil supaya ganjaran serta kenaikan pangkat kakitangan awam
diasaskan kepada pencapaian KPI.
120. Kerajaan menghargai sumbangan dan dedikasi anggota perkhidmatan awam
dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Untuk
menambah baik kualiti hidup kakitangan yang berpendapatan rendah, Kerajaan akan
menaikkan Imbuhan Tetap Khidmat Awam kepada lebih sejuta kakitangan kumpulan
sokongan antara 30 hingga 50 ringgit sebulan, berkuatkuasa 1 Januari 2007.
121. Pada masa ini, bantuan kos sara hidup telahpun dinikmati oleh anggota
perkhidmatan awam yang tidak mendiami kuarters Kerajaan. Mulai 1 September 2006,
bantuan tersebut akan dipanjangkan juga kepada mereka yang mendiami kuarters
Kerajaan, dengan kadar 50 peratus daripada kadar yang diberikan kepada mereka yang
tidak mendiami kuarters kerajaan. Bantuan ini akan memanfaatkan lebih 146 ribu
kakitangan Kerajaan.
122. Menyedari akan harga rumah yang semakin meningkat, Kerajaan akan
meningkatkan kelayakan pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 20 peratus,
berkuatkuasa serta merta.
123. Sebagai menghargai sumbangan anggota perkhidmatan awam dalam mencapai
matlamat negara, Kerajaan akan memberi bonus bagi tahun 2006. Untuk anggota yang
berpendapatan sehingga 750 ringgit sebulan, mereka akan diberi bonus bersamaan dua
bulan gaji. Anggota yang berpendapatan melebihi 750 ringgit sebulan, bonus bersamaan
satu bulan gaji akan dibayar tertakluk kepada bonus minimum 1,500 ringgit. Bonus akan
diberi dalam dua bayaran, pada bulan Oktober dan Disember, 2006.