January 2007
Monthly Archive
Wed 31 Jan 2007
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[8] Komen
Kenaikan Harga Petrol (RON97)
01 Mac 2003 - Naik 2 Sen
01 Mei 2004 - Naik 2 Sen - 14 Bulan
01 oktober 2004 - Naik 5 sen - 5 Bulan
05 mei 2005 - Naik 10 sen - 7 Bulan
31 julai 2005 - Naik 10 sen - 2 Bulan
28 Februari 2006 - Naik 30 sen - 6 Bulan
Apabila Nak Turun?
Perlukan Setahun, iaitu sehingga Januari 2008 dengan harga minyak stabil pada paras terendah untuk harga minyak turun. Kerajaan Berjiwa Rakyat? atau Rakyat Berjiwa Kerajaan?
nota : harga minyak pada 05 mei 2005 adalah hampir sama pada paras skrg.
________________________________________________________
Kerajaan pantau harga minyak di pasaran – TPM
PUTRAJAYA 30 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memantau harga minyak mentah di pasaran bagi tempoh setahun sebelum membuat sebarang ketetapan mengenai harga runcit bahan api itu di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun memberitahu, perkara itu bukan jaminan kerajaan akan menurunkan harga runcit minyak kerana ia terpulang kepada Kabinet untuk memutuskannya.
“Ini bukan jaminan harga minyak akan diturunkan, tidak, jangan salah faham bahawa kita akan turunkan harga minyak. Terpulang kepada Kabinet untuk memutuskan tapi kita nak tengok dulu harga pasaran minyak.
“Kalau sudah stabil dan kita tahu jangkaannya dalam jangka tempoh setahun akan datang, kita bolehlah membuat sesuatu ketetapan dan ketetapan itu tidak semestinya melibatkan harga minyak itu diturunkan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mineral Negara (MMN) Kelima di sini, hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohamed Sidek Hassan.
Kali terakhir kerajaan menaikkan harga runcit minyak petrol dan diesel sebanyak 30 sen seliter serta harga runcit gas petroleum cecair (LPG) sebanyak 30 sen sekilogram pada 28 Februari tahun lalu.
Dengan kenaikan itu, harga runcit petrol premium RON97 di Semenanjung Malaysia adalah RM1.92 seliter, petrol RON92 RM1.88 seliter, diesel RM1.581 seliter dan LPG RM1.75 sekilogram.
Harga minyak mentah di pasaran ketika ini adalah AS$55 (RM209) setong.
Menurut Najib, kerajaan perlu memantau perkara ini kerana harga minyak tidak menentu dan kerajaan tidak mengetahui apa perkembangannya.
Segala semakan terhadap harga minyak itu katanya, perlu dilihat kepada pasaran dan ia akan dilakukan jika harga minyak mentah stabil.
“Saya tidak kata tidak akan kurangkan harga minyak tapi kita akan semak, tapi semak tak bermakna kita akan kurangkan,” katanya,
Ketika ditanya berapa paras harga minyak mentah di pasaran yang membolehkan harga bahan api itu diturunkan, beliau tidak boleh memberikan kata putus, bagaimanapun alternatif lain yang akan diambil ialah memastikan harganya kekal stabil kerana ia boleh menjejaskan subsidi kerajaan.
Tue 30 Jan 2007
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[13] Komen
Syor KWAP untuk kumpulan eksekutif
KERAJAAN bercadang melaksanakan sistem caruman bagi kakitangan awam untuk menggantikan sistem pencen sedia ada bagi membantu kerajaan dalam pembiayaan liabiliti pencen, ganjaran dan faedah persaraan.
Namun, umum sedia maklum bahawa skim itu tidak dipersetujui Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kerana akan merugikan kakitangan awam berpendapatan rendah.
Justeru, saya mencadangkan agar skim caruman Kumpulan Wang Amanah Pekerja (KWAP) ini dilaksanakan kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) terlebih dulu.
Kumpulan ini golongan eksekutif yang mempunyai pendapatan bersih tidak kurang daripada RM2,000 dan mempunyai caruman mencukupi apabila bersara nanti.
Malah, untuk pencen seorang kakitangan daripada kumpulan Pengurusan dan Profesional ini sama seperti pencen 10 kakitangan kumpulan sokongan.
HANGBUAH,
Kangar.
/** akhirnya masuk jugak surat aku
Wed 24 Jan 2007
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[17] Komen

“hai, saya cahayamohamed”
Hari tu adalah aku telefon sinar, topik pagi. aku mmg selalu telefon, dengarlah dlm kul 7 sampai 7.30. kalau ada, adalah.
Tapi bukan itu aku nak cerita, ceritanya,
hari ada satu topik, gunting dalam lipatan.
aku terkall, sbb nombor sinar mmg aku set dlm speed dail.
dah kall tu, cakap jerlah.
aku cerita pasal opis lama aku, pasal sorang mamat tu yang suka bawak cerita bukan bukan pasal kita kat bos. masa dengan kita, tak pulak dia ckp apa apa.
al kisahnya,
lain dicili, lain pulak yang merasa.
entah siapa dlm opis aku ni yang dengar.
pahtu terasa kata aku duk kata kat depa,
duk perli perli nak telefon sinar atau sebut gunting gunting.
al-kisahnya pulak. atau memang itu yang diorang buat??
aku saja letak gambar atas tu sbb nak hilangkan sikit stress. bukan stress sebenarnya, sakit hati.
memang duk terbakar ni. tak kira siapa, aku sembur jer nanti. nasib baik aku baik.
itulah masalah aku, aku suka pendam, apa apa yang aku sakit hati, aku jarang cakap, aku lebih suka diam. Abis teruk aku marah, aku diam tak cakap ngan siapa. aku lebih suka diam. pendam saja.
takpalah, hidup kita bukan untuk mereka, yang nak perlu susah susah dan sakit hati. Aku pun dah lega hati sbb ESOK GAJI!!! YEA!!!!
Fri 19 Jan 2007
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[11] Komen
Tue 16 Jan 2007
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[9] Komen
BN Dicabar Calon Bebas Dalam P’raya Kecil Batu Talam
RAUB, 16 Jan (Bernama) — Barisan Nasional (BN) dicabar seorang calon bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam dalam pilihan raya kecil 28 Jan ini.
Pada penamaan calon hari ini, BN meletakkan Setiausaha Umno Bahagian Raub, Abdul Aziz Mat Kiram, 47, yang ditentang Ng Chee Pang, seorang peniaga muda yang akan menyambut hari lahirnya ke-22 Isnin ini.
Ng tiba lebih dulu di pusat penamaan calon di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah Raub pada 9 pagi tadi dengan diiringi hanya tiga penyokong.
Setengah jam kemudian suasana bertukar dengan gegak gempita apabila Abdul Aziz tiba bersama 10,000 penyokong BN, diketuai Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Laungan sokongan kepada BN bergema sekali lagi apabila Pegawai Pengurus pilihan raya kecil itu, Abdul Kadir Abu Bakar, menyebut nama Abdul Aziz sebagai mengesahkan pencalonannya di akhir tempoh bantahan pada 11 pagi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Tengku Paris Tengku Razlan dari BN pada 27 Dis lepas akibat barah.
BERNAMA
Mengundi pun tak pernah lagi dan nak bertanding pilihan raya.
nak jadi adun?
argghh.. Gila Gila!
Thu 11 Jan 2007
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[9] Komen
Azam aku tahun baru ni adalah untuk kumpul Duit!
Kumpul duit Banyak Banyak!
Baaaaaaaaaaaaaaannnnnyyyyyyyyyyaaakkkkkkkkk Banyak!
Banyak Ni
|_________________________________________|
Yer! Azam aku tahun ni aku nak kumpul duit banyak banyak!
Atau lebih tepat lagi,
Azam aku tahun ni, aku nak kumpul duit syiling banyak banyak!
hehehehe

Fri 5 Jan 2007
Ditulis Oleh Ron97 di bawah kategori
Uncategorized[13] Komen
Alasan yang utama kenapa tak update
“Opis sibuk akhir tahun ni, opis yang tak sibuk akhir tahun adalah opis yang miskin. hahaha”
plus,
internet aku dicatu seminggu yang lepas. sedihnya