Dari Utusan Tabung amanah RM4.4b — Biaya pelbagai projek tingkat mutu pengangkutan awam

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri malam ini, peruntukan itu yang merupakan anggaran jumlah penjimatan hasil pengurangan subsidi minyak akan digunakan bagi tiga tujuan:

- Menambah baik sistem integrasi pengangkutan awam antara bas, LRT, monorel dan komuter.

- Memperluaskan jaringan sistem monorel atau LRT.

- Meningkatkan mutu perkhidmatan bas terutama dari aspek liputan dan kekerapan perkhidmatan.

Lebih 24 juta penduduk, terpaksa terima kenaikan 30 sen seliter minyak, kena jimat cermat, kena naik basikal pi tempat kerja, itu ini, ini itu, semata mata untuk kesenangan 3 juta orang lembah kelang. Bijak!

**————————-**

Dari Utusan Perkukuh nilai ringgit elak kesan harga minyak - Dr. Mahathir

Ini baru cara seorang perdana menteri berfikir, beban diberi kepada rakyat sebagai langkah terakhir. banyak lagi cara boleh buat.

**————————-**

Dari Seorang ahli Parlimen kelmarin

Jika TNB tidak menaikkan tarif untuk orang kampung dan pengguna biasa, dan hanya menaikkan untuk pihak Industri, saya setuju

Patut nak ajar dia belajar Makro Ekonomi atau Mikro Ekonomi? hmm.. ajar ekonomi asas dah lah. hahaha

Orang kampung pun tahu, kalau tariff elektrik naik untuk kilang, harga barang akan naik.

**————————-**

dari Laman web Pejabat PM Cadangan Penubuhan Badan Pantau Salah Laku Polis Dalam Pertimbangan, Kata Abdullah

Penubuhan IPCMC adalah satu daripada 125 cadangan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia pada Mei tahun lalu, bertujuan meningkatkan profesionalisme pasukan itu.Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terbuka daripada tiga organisasi dalam pasukan polis iaitu Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Inspektor, Persatuan Pegawai Kanan Polis Cawangan Yang Diwartakan dan Persatuan Polis Pangkat Rendah.

Dari Ketua Polis KL seketika dulu

Kalau dilaksanakan, tiada lagi Budi Bicara

Laksanakan ja Dato’ Seri, kalau boleh buat untuk semua penguatkuasa, lagi bagus. Kepada para polis, Kerja Ikut Peraturan, Jangan Ikut Amalan, takdak masalah. Aku tak jumpa lagi frasa Budi Bicara Polis dalam Akta Polis, Kanun Tatacara Jenayah dan Undang Undang Pencegahan.