Mon 20 Mar 2006
Dalam Cerita cerita Polis Malaysia.
Di dalam sebuah kedai yang penuh dengan pelanggan. Dua orang pengedar dadah sedang berbual.
Hashim : Macam mana stok dadah kita?
Zainal : Azhari akan hantar stok dadah kita digudang kita berdekatan dengan pelabuhan
Hashim : Gudang berdekatan pelabuhan? dimana terletaknya pelabuhan itu?
Zainal : Gudang kita terletak di no 3, jalan 12/4, taman muda murni, 68212 Pelabuhan kelang, Selangor. Gudang kita terletak berhadapan dengan Kedai Akuariam Liu.
Hashim : Oh, rupanya disitu terletak gudang kita. Bagaimana pula dengan pasaran dadah kita sekarang?
Zainal : Menurut perangkaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), terdapat 270,000 penagih dadah yang telah didaftarkan, tetapi jumlah itu mungkin meningkat sehingga sejuta orang. Ini kerana setiap penagih mempunyai jaringan rakan-rakannya antara lima hingga enam orang. Dikawasan kita sahaja, kita mempunyai 15 stokis dan 40 pengedar level Intan dan beratus lagi dilevel dibawahnya.
Hashim : Saya telah mendapat maklumat dari perisik kita bahawa kerajaan telah membuat kempen kesedaran alam sekitar. Ini adalah berbahaya kepada pergerakan kita kerana boleh mengelak golongan belia terlibat dengan gejala sosial.
Zainal : Jangan risau tuan, bahagian pemasaran kita telah melancarkan Pek Permulaan baru dengan harga promosi. Di dalam pek permulaan ini kita telah menyediakan picagari picagari yang terbaru keluaran adibas. Ia menggunakan teknologi dari negara maju tuan.
Hashim : Bagus, teruskan berusaha, inilah semangat dan cara pemikiran yang kita mahukan. Jika ada sebarang masalah. Sila usulkan di dalam mesyuarat pengurusan nanti.
Zainal : Baik tuan. Oh tuan, sebelum saya terlupa, saya ingin meminjam wang dari tuan untuk pergi spa tuan.
Hashim : ah, kamu ni zainal, ada ada saja. Hehehehe (Merekapun ketawa bersama)
Dalam situasi yang sebenar
Di sebuah gerai bawah pokok.
Hashim : macam mana stok?
Zainal : ok bos, beres
Hashim : aku taulah beres, beres tu, beres macam mana?
Zainal : aa, kita ada dlm seribu lebih bos setakat sekarang, naga ngan rimau dengar kata dah siap buat production 500. mat jin pun dengar kata ada dlm 500. pahtu bahagian operasi dan jinggo pun ada buat juga.
Hashim : tu apahal operasi gatal gatal tangan pulak tu
Zainal : diorang tu saja nak sabotaj tu bos
Hashim : mana hang nak pi jualnya?
Zainal : kita dapat gerai bos, gerai kembar
Hashim : wah, kaya hang
Zainal : no gerai je kembar bos. hahaha
Hashim : palahotak hang lah. lagi?
Zainal : gerai kita kat istana bos.
Hashim : bila nak jual?
Zainal : April Fool ni. hahahaha
(Hashim dan Zainal pun ketawa buat buat, walaupun begitu, perbuatan mereka sudah cukup untuk mengelirukan tuan kedai tentang perkara sebenar yang dibualkan.)
March 20th, 2006 at 12:15 pm
pasaran masih lumayan apa.. ada sejuta penagih di malaysia ni..!!! makan tak habis tu.. hehe
salam kenal..
March 20th, 2006 at 1:09 pm
itulah pasal.
tak menganggur rakyat malaysia kalau ikut nya ni.
haaha
March 20th, 2006 at 1:46 pm
Wwah.. pasaran terbuka utk pengedar level intan.. Aku nak join bleh?
March 20th, 2006 at 1:52 pm
entry ko kali nih membuatkan aku gelak melebihi 3 harkat. tatau nak komen apa. hahah
March 20th, 2006 at 2:29 pm
Orochimaru : boleh join, tapi kena tapisan keselamatan dulu. hehehe
Sayuti : idea entry ini telah menyebabkan aku senyum sorang sorang masa breakfast pagi tadi kat gerai bawah pokok.
March 20th, 2006 at 2:37 pm
=)) ampesnyaa..~~
March 20th, 2006 at 4:04 pm
hehehe menarik sgt cite polis ni walaupun x logik ahaks :p
March 20th, 2006 at 4:11 pm
Apakah ada peluang untuk saya jadi stokis picagari? Gerenti boleh jadi ‘makcik kayo’…atau masih ada vacancy utk jadi pengedar ‘dada’ (tiru sami bellu)…keh keh keh
March 20th, 2006 at 4:20 pm
amyz : hahaha /))
dk : mana ada cerita polis kat malaysia ni logik. tembak kereta proton pun, bersih takdak lubang apa pun
juita : stokis yang ada cuma jual dadah, picagari tu, sebiner jer dlm pek permulaan. hehehe
March 20th, 2006 at 6:14 pm
mereka pergi ke spa mana?
ish kamu ni. ada ada saja. hahaha.
March 20th, 2006 at 7:43 pm
ha ha ha ha ha
ni baru btul “Gelak Khas”
kena bagi yusof haslam baca!
GT nak tunggu scene tembak menembak pulak!
March 20th, 2006 at 8:13 pm
Hahahahaha…ampehhhhhh cam baca skrip gerak khas
March 20th, 2006 at 9:26 pm
haha..
tu la buat cite tak logik. mane ade org asek gune perkataan ‘mengikut statistick, mengikut perangkaan’ tetiap minggu.
March 21st, 2006 at 8:22 am
cFu : Pemberi maklumat kami masih lagi mencari.
(asyik pemberi maklumat jer, diorang duk opis makan gaji buta)
GitarTong : hahaha. scene menembak tu, lagi menipu besar. hahaha
abah : hahaha.. Gelak Gelak Khas..
uculer : entahlah, polis educated pun tak mcm tu.
March 21st, 2006 at 9:22 am
ron97
ada berita buruk TPM kata cuma ada 230,000 saja pengguna di malaysia.. tak sampai sejuta hehe kena usaha keras ni hehe
March 21st, 2006 at 9:45 am
oo.. naga, rimau & mj jual dada eh dadah rupenyee.. isk isk iskkk.. ni la dia belia sekarang.. org soh menulis buku ye jual dadah.. isk isk iskk (sambil menggeleng kepala), eh ron, pek picagari tu, does it comes with kondom or not? bukan apa, ingat nak soh ko supply kat aku minggu depan, aku nak buat parti seks rambang dekat atap umah aku di lot23, kondo idaman kalbu, jln selasih, 50500, kl. utk tempahan, sila telipon:03-92006644(tekan-tekan tak dapat)
March 21st, 2006 at 10:05 am
zino : entahlah, nak percaya TPM ker, nak percaya org Agensi Dadah tu sendiri. hmm.. agak agak?
BP : mj jer belia, rimau ngan naga tak dah. hahaha
Pek picagari tu, picagari saja percuma dlm pek permulaan dadah keluaran syarikat. kondom masih belum ada stok, masih lagi dalam perbincangan Jawatankuasa Play Save FIFA. hahaha
March 21st, 2006 at 2:22 pm
penjenayah yang educated. bahasa baku nak mampos. hahahahaha
March 21st, 2006 at 3:18 pm
april fool dh nk mai erks? lupa ler plak… kekekek
March 21st, 2006 at 3:34 pm
ron97:
kamu tak tau. cerita polis itu ada penasihat bahasa baku. mereka juga bersopan. cakap ikut Q. beratur je bile nak bercakap. ayat faveret mereka : ‘betul tu tuan!’
March 21st, 2006 at 3:51 pm
basri : biasalah, berlajar tinggi tinggi. last last mengedar dada. ginilah jadinya.
ly : yer yer.. dah dekat. buat planing elok elok
book : aa’a lah. terlupa aku part tu. ish. takpa. simpan untuk edisi akan datang
March 21st, 2006 at 5:06 pm
bleh pinjam buat skrip drama tipikal melayu
March 21st, 2006 at 5:07 pm
Hashim dan Zainal….nama macam mat belia….pengedar dadah rupanya…..hehehe…..
Nice blog bro’..
March 21st, 2006 at 9:30 pm
adehhhh…./))
March 22nd, 2006 at 8:08 am
esis : ambiklah, kalau tak cukup, dlm buku karangan UPSR dan PMR banyak lagi. /))
blackpurple : Belia Suka Dadah! hahaha
Chees : hahaha/))
March 22nd, 2006 at 8:18 am
Tak lama lagi penagih kena kenal IT, cinta IT. Yelah… stokis promote dadah kat internet lepas ni. Main order je boleh sampai.
March 22nd, 2006 at 9:23 am
ron. hang turun tak aprilfool nanti ke gerai berkembar?
March 22nd, 2006 at 10:21 am
P.Khalwat : Mereka sedang menunggu permohonan untuk guna Maybank2u diluluskan oleh pihak MyBANK. hahaha
BP : aku sedang berusaha untuk turun sbb aku nak pi ambik aku punya iMac
April 1st, 2006 at 1:03 pm
april fool!
April 1st, 2006 at 1:10 pm
ehhh… dadah tu rase camner erk..?1 sudap ke? leh jual kat dak PMR n SPM kat skol ni.. musti gempak nye.. ckg displin pun x dpt kejar.. hahaha..
kalau nak jual.. sila jual kat dak ni..
NAMA:DAK KECIK
UMO:14 THN
SKOL:SMKTS Ps
April 2nd, 2006 at 9:19 am
dadih adalah, jual kat the stor hehehe
takpun, ko nak nasik ganja kat esso?
hehehe